Thursday 28 April 2011

Aku ingin dilahirkan semula

Hatiku berbicara..

Terdengar sayu..

Dengan penuh perhatian aku mendengar bisikannya..

“Aku ingin lahir semula”

Sekali lagi aku cuba tumpukan perhatian,

“Aku ingin lahir semula”

Menjadi bayi  yang dinanti kehadirannya..

Menjadi bayi yang mana kedatangan ku disambut..

Menjadi bayi yang mana aku didakap erat dengan kasihsayang..

Menjadi bayi yang mana aku dikucup lembut..

Agar tangisan ku berhenti…

“Aku ingin dilahirkan semula”

Menjadi bayi yang tidak kenal erti kebencian..

Yang tidak kenal erti perpisahan..

Yang tidak ku kenal erti kedukaan..

“Aku ingin menjadi bayi”

Kerana aku ingin disayangi dan diberi perhatian.

NAMUN…

Kini sudah 19 tahun aku melangkah kedewasaan,

Keseorangan…

Aku tetap akan terus berjuang ,

Hingga terputusnya nafas ku.

Monday 25 April 2011

luahan ku

Blog ni ana buat untuk diri ana, luahan ana.. tapi sape2 yang nak jd folower ana alu2kan..


hm..hari ni hati ana sayu..sayu sangat..napa erk. napa ana suka rasa sedih walaupun kadang2 ana cuba cover suma tu dengan kemanjaan dan kenakalan ana.. kadang2 ana asa nak gi dari hidup suma orang coz ana asa diri ana sebagai pengganggu.. tak dapat pun  untuk ana gembirakan orang2 disekeliling ana. TAPI! Ana nak jadi student yg berjaya dunia dan akhirat.. jadi ana yg menghargai, membalas, taat pada walidnya. Hamba yang taat pada perintahNYA.
doakan ana yer....

Friday 22 April 2011

khilafku

sekali lagi..
air mata ku gugur tersungkur ke tanah..
tak mampu lagi aku menahan..
meratapi..merenungi..
betapa banyaknya khilah diri..
kelemahan..kekurangan..kejelekan
yang ada pada diri ini..
yang membuatkan aku dijauhi..dibenci..


aku tak minta
suma ini hadir dalam hidup ku
aku tak minta 
suma ini jadi dalam  hidupku.


hari ini,
sekali lagi..
aku tewas
tewas dalam ukhwah yang aku pertahankan
bertahun-tahun lamanya..
namun,
aku pasrah, aku hanya mampu melihat
dia pergi dengan linangan air mata..

Thursday 21 April 2011

Luahan hari in

aaarh..
keboringan meresap jiwa..
ketensionan dirasai..
Apa patut aku buat?
Tido? study? tgk movie?
erm..
Aku rindu..
Rindu ibu dan ayah nun jauh di sana..
tapi..
Aku masih perlu di sini..
Mengutip ilmu-ilmu yang ditaburkan..
Mencari keredhoan ILAHI..
menggenggam kejayaan..
mengukir senyuman walidku..
yang telah lama menanti kejayaan permata hati mereka.


19 hari lagi,
aku bakal berjuang,
di medan ilmu.
berjuang membuktikan ilmu yang telah ku kutip di sini..
DOAKANLAH..

Wednesday 20 April 2011

lukisanku di kala keboringan








Hikmah Bertudung..Peringatan Bagi Yang Tidak Mengert


Disini ana ingin membawa sebuah kisah yang ana dapat dari seorang sahabat dari Indonesia..Cerita ini sebenarnya banyak pengajaran yang boleh kita ambil iktibar terutamanya golongan HAWA..ana harap, hayatilah cerita ini dengan sebaik-baiknya...


Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa,seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun, perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu.


Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran. Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka. Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras, "cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan Ani kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!"

Ibu hanya mampu mengelus mendengar kata-kata adik. Kadang kala saya terlihat ibu menangis di akhir malam. Dalam qiamullailnya. Terdengar lirik doanya " YaAllah, kenalkan Annisa dengan hukumMu".

Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami. Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil. Suaminya bernama Abu Khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid.

Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli.

Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik. Dia bertanya kepada saya, "abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan tuli?"

Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka,
tanya sendiri". Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri.


Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi......entah apa yang dah berlaku?

Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh...... lengan panjang pula tu...saya sendiri jadi bingung..bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib..ya, saya katakan ajaib kerana dia berubah seratus peratus! Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah... saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri..tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunat nya..dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan..Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya..

Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di Kalimantan,kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke rumah ( rumah saya di Madiun). Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik diberi kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan.Ketika saya sampai di rumah..didepan pintu sudah ramai orang..hati berdebar-debar, tak dapat ditahan.....saya berlari masuk ke dalam rumah..saya lihat ibu menangis .. saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya........dalam esak tangisnya ibu memberitahu, "Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya"..air mata ini tak dapat ditahan lagi... Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari. Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai...hingga sampai pada satu halaman yang menguak misteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini..Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu Khoiri..di situ tertera soaljawab antara adik dan isteri jiran kami itu.

Butirannya seperti ini:
Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata)

Annisa : aku hairan,wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari
"mak cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik"


Isteri jiranku : Alhamdulillah ..sesungguhnya kecantikan itu datang  dari lubuk hati

Annisa : tapi mak cik kan dah ada anak enam ..tapi masih kelihatan  cantik

Isteri jiranku : Subhanallah..sesungguhnya keindahan itu milik Allah  SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak..siapakah yang boleh menolaknya?

Annisa : Mak Cik..selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung..tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik. Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai..sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung..pendapat mak cik bagaimana?

Isteri jiranku : Annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh  tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya  akan dipertanggung jawabkan dihadapan Allah SWT nanti, tudung adalah perlindungan untuk wanita ..

Annisa : tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok..

Isteri jiranku : Tudung hanyalah kain , tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami

Annisa : apakah hakikat tudung ?

Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhrim kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia sia ..sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat , lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu.. itulah hakikat tudung.

Annisa : mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung...mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat  semua tu?

Isteri jiranku : Duhai Nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT.
Duhai Nisa ..ingatlah akan satu hari di mana seluruh manusia akan dibangkitkan..ketika ditiup sangkakala yang kedua, .pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan , ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya , anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi , antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya , ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan, ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis..menangis kerana hari itu Allah SWT murka.. belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu. Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT di padang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab..Duhai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita di tanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar , Yang Maha Kuat , Yang Maha Agung.. . . . Allah SWT .

Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya.. Subhanallah .Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu "buta , tuli dan bisu.. wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain muhrimnya , wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT , wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia"

Tak tahan airmata ini pun jatuh.semoga Allah SWT menerima adikku disisinya..Amin. Subhanallah ..saya harap cerita ini boleh menjadi< iktibar bagi kita semua. Wassalam...
Lawak Burung
Spesal
Pada suatu hari seorang suami baru pulang dari Brazil, membawa burung katak tua yang sangat spesal…. Si isteri bertanya…pada si suami..
“abang..buat apa beli burung tu…?! Kan mahal tu…!”
Suami menjawab..
“Ala.. tak pa..burung ni spesal..
Tengok ni..”
Suaminya mengangkat tangan kanan dan memetik jarinya..
Burung itu terus menyanyi lagu pop..
Si isteri sangat suka dan menyuruh suaminya mengangkat tangan kiri plak..
Si suami berbuat demikian dan memetik jarinya..burung itu menyanyi lagu rock pula..
Si isteri pun suka dan bertanya
“abang, kalau kita angkat kedua-dua tangan camna plak..?”
Suami menjawab…
“awak cuba la buat”
Si isteri pun mengangkat kedua-dua tangan dan memetik jarinya.. lalu burung itu berkata…
“SATU-SATU LAH, BODOH..!!!”

kisah seorang insan

Hari ini kelas ku cancel..asa teramat bahagia coz sekurang-kurangnya dapat spend masa sikit untuk blog ni.. hehe..aku ni bukan student yg baik pun. whatever, hari ni, aku nak cerita kisah seorng insan yang aku kenali.. tapi maaf la yer, ana ni bukan bidang sastera, jadi nyer tak pandai lah nak mengungkapkan kata2 yang puitis lagi indah2..


Dia dilahirkan sebagai anak bongsu dalam 5 adk beradik.. diberikan nama sebaik sahaja dilahirkan kira2 19 tahun lalu ita(bukan nama sebenar).. Ita membesar dalam keadaan yang sederhana penuh dugaan, cabaran dan tentangan. Bermula hidup  dengan digelar 'budak lembik' budak manja' budak suka mengacum' dan sebagai nya, kata2 yg memang betul2 menyejukkan hati..


sewaktu dibangku sekolah rendah Ita diajar untuk pergi ke surau setiap malam mendengar ceramah.. Malah setiap kali pulang dari surau ayahnya akan memanggil dan menyuruh untuk menerangkan semula semua yang telah diajar oleh ustaz. sekiranya Ita tidak mampu maka tali pinggang menhinggap di badannya...sekiranya hendak keluar bermain mesti kena zikir sekurangnya 500 di hdpn ayahnya sendri, kalau tidak lenyaplah impian untuk bermain. Lumrah kehidupan Ita hampit setiap hari badannya berbekas kemerahan. kehidupan sekolah rendahnya berlalu seperti biasa, hinggalah hari keputusan upsr menjelma. jeng..jeng..jeng


hm..x pyh la suspen sgt, bukan cerita yg macam selalu kita dengar pun, jeng jeng jeng je 5A. tapi sebaliknya.. kptsnnya x dpt memuaskan ati mak ayhnya hanya dapat mengisi bangku di sekolah harian biasa. sedangkan sepupu2 Ita student2 cemerlang comform 5A dlm tgn. kekecawan ayahnya hinggakan ayah Ita berkata "ayah malu nak jumpa dengan adk brdk ayah dgn keputusan kamu tu". Ita hanya diam..tunduk..air mata membasah pipi. Pada saat tu ayah dan mak Ita paksa agar Ita belajar di sekolah menengah kebgsaan sedgkan hati Ita untuk pergi ke sekolah agama. Cara yang Ita guna adalah dengan buat2 menghilangkan borang sekolah tu..hahaha..akhirnya dapatlah Ita masuk ke sekolah agama yang diinginkannya. Langkah pertama Ita ke sekolah itu hatinya berbisik ''aku janji akan buktikan sekolah agama yang dipandang lekeh masyarakat sekarang mampu mengorak kejayaan sama seperti sekolah2 yang masyarakat asyik agung2kan". tekad itu ditanam erat dalam sanubarinya..


Hari pertama pulang dari sekolah, ayah dia menegur, ';balik2 terus tidur? itula dah pesan x payah masuk sekolah agama, subject byk, 23 subject macam mana kau nak bawak". Ita hanya senyum. Perjuangannya diteruskan..Pada masa yang sama family Ita bergolak, sering terjadi pertelingkahan, tambah kesempitan wang. kakah masih belajar di kolej memerlukan banyak duit. Sedikit banyak menggugat semangat Ita untuk belajar. 
Dalam masa yang sama Ita terut giat memberi comitment dalan area sukan 'badmintan' form 1, form 2, hanya setakat mewakili sekolah, form 3, form 4 mewakili zon, dan form5 mewakili negeri. acap kali ponteng kelas gara2 training badminton punya keja. Alhamdulillah, dalam study PMR, SMRA Ita berjaya meraih gelaran best student. SPM? nantikan ceritanya..


Letih la pulak tangan ni menaip, tapi semangat menghasilkan blog perlu diteruskan.. hahahaha.Jom teruskan!  sewaktu form 5 Ita memegang jawatan sebagai setiausaha pengawas tapi hanya beberapa bulan.. Kehidupan yang membusykan, student,atlit negeri dan badan pimpinan pengawas yang mana student2 yang dihukum adalah gara2 laporan bulanan Ita. haha. Ops, lupa lagi satu, peranan Ita sebagai seorang anak yang membantu parentsnya berniaga tiap kali cuti minggu dan cuti sekolah. Tadi aku cerita Ita hanya pegang jawatan setiausaha pengawas beberapa bulan je kan? Hal tu disebabkan kekusutan yang menghimpitnya. Bermula dengan laporan yang tidak sempat disiapkan kerana latihan badminton menyebabkan ramai pengawas lain terutamanya majis tertinggi badan pengawas tidak puas hati hinggakan Ita dimalukan kerana tak dapat menyiapkan laporan. Ita sedih..akhirnya diluahkan keaadan yang menghimpitnya itu kepada ayahnya yg dicintai. dengan nasihat ayah "pilihla Ita..Ita nak menangis sekarang kerana terpksa melepaskan jawatan atau Ita nak menangis bila result spm Ita keluar". dengan kata2 itu, Ita menulis surat perletakan jawatannya. Bayangkan, seorang student yang dihormati, disayangi, dimalukan, mempunyai banyak krisis dalaman. Ita sedar tatkala itu, ramai yang memandang serong padanya temasuk beberapa orang guru. Namun tekad pertama sewaktu melangkah kaki ke sekolah itu terus digenggam.


Kehidupan diteruskan..hari2 berlalu, Ita juga terpaksa berhenti tusyen walaupun hanya sempat mengikuti tusyen selama sebulan kerana nak meringankan beban mak dan ayah. Akhirnya tiba hari yang menggerunkan peperiksaan telah tiba.. sebenarnya Ita x yakin dia mampu mengorak kejayaan lagi seperti peperiksan2 sebelum ini. sementara menunggu keputusan spm, rancangan Ita untuk sambung form6, mengambil peperiksaan sijil tinggi agama malaysia (stam) dan setrusnya melangkah ke mesir. tercapaikah?


Hari keputusan spm menjelma, ketakutan menguasai diri Ita, annoucement dibuat disekolah," semua pelajar sila masuk ke surau pada pukul 11 pagi". Terpinga2 untuk apa disuruh ke surau? bukan kah keptusn diambil di pjbt? ikut je la... kata hati Ita. Selepas selesai menbaca yassin beramai-ramai, pengetua berucap, dan seterusnya juga Rafizi mengumumkan, pelajar terbaik spm 2009 jatuh pada.....saudari Ita Saifudin. Luruh jantung Ita, sekali lagi pipinya basah.. selepas majlis, semua guru Ita jumpa..tangisan guru2 ditatapnya, kejayaan seorang anak murid dengan keputusan yg tidak pernag dicapai oleh student2 sebelum tu. Brpa A? biarlah rahsia Ita.


Ita meneruskan rancangannya mengambil stam tanpa mengisi borang upu atau memohon mana2 institusi. Dalam perjalanan form 6 sekali lagi Ita diuji. Muet dibatalkan? betul ke apa yang aku dgr? macam mana tanpa muet aku dapat ke menara gading? macam mana? apa patut aku buat? ambil sebagai calon persendirian? tarikh daftar muet dah ditutup?kawan2 aku dah lama di menara gading, tapi aku? Keadaan Ita terhimpit, ketakutan. Dirinya mula lemah. Ditambah lagi peperiksaan hampir dekat tapi guru2 stam ramai yang berhenti mengajar. macam na study aku? exam aku? Ita mula tertekan. dia tak mampu mengawal keadaan dirinya, akibat tekanan yang dihadapi 2 bulan ita tak ke sekolah bagaikan orang hilang kewarasan. di saat itu, hadir seorang insan yang sentiasa menemaninya, memulihkan semangatnya, seorang insan bergelar kakak..tapi..hanya kakak angkat yang memainkan peranan melebihi kakak kandung, "kak na". "adik, akak dapat tahu, U akak ada pengambilan 3rd intake, adk cuba la buat surat rayuan mana tahu, ada rezeki ke"kata2 tu buat Ita senyum penuh harapan..senyuman yang dah lama kabur dari wajahnya. 


Ita menghantar surat rayuan sendiri ke bahagian kemasukan U tersebut. Bermula tatkala itu Ita hanya melihat peti surat setiap hari." dah bulan 9, napa x dapat2 surat lagi ni", bisik ati Ita.. pada masa yang sama pihak sekolah mendesak supaya datang ke sekolah untuk membuat urusan benti sekolah. Benti sekolah? kptsn sama ada aku dapat masuk U pun x dapat lagi, macam mana nak benti sekolah? keserabutam kembali. kak na minta rakan nya yang merupakan orang dalam U terbabit untuk menyemak nama Ita. Pada apgi pertunangan kakak kandung Ita, Ita dapat massage "adik..akak x sanggup bagi tau, akak mintak maaf, akak x tahu macam mana nak bagi tahu, nama adik x de dalam list kemasukan 3rd intake". air mata Ita mengalir laju.. keputusan di ambil, Ita memanggil ayahnya, " ayah, hantar Ita pergi station bus sekarang jugak, adik nak gi KL, nak gi tanya bahagian administration sendtri, adk x caya nama adik x de dalam list". ayah Ita, "kau giler ke pe? hari ni kakak kau bertunangkan? kau jangan bagi pening aku. kau gi sna nak tinggal kat mana?". Ita tidak menghiraukan, terus dia mengemas barang2. Ayahnya x mampu berkata apa, ibunya hanya melihat dalam keadaan terpinga- pinga. Tanpa bertanya, ayah menghantar Ita ke station bus. Di dalam bus Ita telefon kak na, "akak, boleh x adik tumpang tido? nanti datang ambil adik boleh?" kak na, "boleh..nanti akak ambil". kebetulan sepupu kawan Ita lecture U terbabit. Ita call "salam ustaz..saya kawan marziah, saya nak mintak tolong ustaz, nama saya x de dalam list, bhgn admin kata x dapat surat saya tapi saya sendiri yang hantar surat tu". ustaz, "baiklah, nanti saya uruskan dan bagitahu awak".


Pagi berikutnya, di bilik kak na, Ita dapat calling, "Ita, saya dah uruskan, awak dapat course laws". Bersyukurnya Ita, orang yang tak pernah dilihatnya, dijumpanya, menolong ita dapat masuk ke salah sebuah IPTA yang famous.


Ita bersiap2 hendak ke sekolah, hati nalurinya ingin sekali menyemak keputusan kemasukan di portal U terbabit. Terjerit Ita, "mak, ayah! Ita dapat masuk! 23 ni daftar!" Ita terus menyalin pakaian biasa dan pergi ke sekolah untuk membuat urusan berhenti sekolah.


Mesir? mana impian Ita sebelum tu? dalam hati Ita, "aku tak mampu nak tinggal ibu dan ayahku yang semakin tua. kakak2 abang2 dah ada keluarga sendiri. hanya aku satu2nya anak yang mak dan ayah aku ada". Satu hari..balik cuti sem, ayah kata "Alhamdulillah, anak ayah x pergi mesir, ayah x mampu tanggung, lagipun kat sana dah x selamat sangat".


Sekarang Ita sedang meneruskan perjuangannya dalam bidang laws..harapannya, moga ibu dan ayah Ita masih sempat tengok anak ini menggenggam segulung ijazah.. amin..

Tuesday 19 April 2011

Di saat akhir kehidupan ini

صفات الذميمة



أودع تاجر رجلا مئة رطل ذهبا. وسافر في الرحلة ثم قدم بعد مدة طويلة وطلب الذهب من صاحبه فقال له : إن الفئران قد أكلت ذهبك. فردّ عليه التاجر : سمعت كثيرا عن فئران هذه المدينة وأنيابها الحادة. ففرح الرجل بتصديق التاجر له. ولحظة خروج التاجر. وجد ابنا للرجال على الباب فأخذه معه إلى منزله والرجال لا علم له لما أظلم الليل. أخذ الرجل يبحث عن ابنه فأعلمه بعض الناس أنهم رأوا ابنه بصحبة صاحبه التاجر. فذهب الرجل إلى التاجر وسأله عن ابنه. فقال له التاجر : إني رأيت صقرا اختطف صبيا من أمام منزلي فلعله ابنك. فصاح الرجل : يا أهل المدينة هل سمعتم أو رأيتم صقورا تختطف الصبيان؟ فرد عليه التاجر : نعم إن مدينة تأكل فئرانها الذهب ليس بعجب أن تختطف صقورها الصبيان. فقال الرجال : الآن ظهر الحق أنا غشاش أنا الذي أكلت الذهب! وهذا ثمنه. أين ابني؟

snap kabur

kenangan indah
kawan2 yang sengal
memory student laws

Monday 18 April 2011

SYARAHAN : REMAJA PEMANGKIN ULAMA’ DAN UMARA’


Bismillahirrahmanirrahim…..

Penat sudah menunggu giliran,
Bagai menunggu bulan ke riba,
Renung-renung sidang dewan sekalian,
Izinkan saya memulakan bicara.

            Terima kasih kepada tuan pengerusi majlis, Yang mulia Tuan Pengetua SMA….., kombinasi panel hakim yang segak lagi bergaya seperti saya di atas ini, penjaga masa yang setia dengan jam randiknya, dif-dif jemputan kehormat seterusnya hadirin dan hadirat yang dihormati dan disayangi sekalian. Assalammualaikum dan salam sejahtera pembuka bicara.

Hadirin dan hadirat sekalian,

            Sebelum bibir berkata-kata, sebelum lidah mengatur bicara, moleklah kiranya saya mendefinasikan maksud kata-kata yang menjadi mauduk pidato saya pada pagi ini ‘Remaja Pemangkin Ulama’ dan Umara’. Remaja ditakrifkan pemuda dan pemudi yang berusia antara 13 tahun hingga 18 tahun. Pemangkin pula bermaksud pelapis atau perintis manakala ulama’ dan umara’ boleh didefinasikan sebagai individu yang alim dalam pelbagai bidang ilmu.

            Baiklah, sebelum lidah lebih petah berbicara, sebelum diri ini tidak sabar untuk mencurahkan idea-idea yang bernas lagi matang bagi menyokong tajuk pidato saya, ingin saya berkongsi empat fokus prima yang akan saya rungkaikan dan jelaskan kepada sidang hadirin sekalian. Pertama, akhlak remaja sebagai perintis generasi ulama’ dan umara’, kedua, remaja generasi pewaris ilmu ulama’ dan umara’, ketiga, remaja sebagai model dan rujukan masyarakat dan keempat, remaja pembina ketamadunan Islam.

Sidang hadirin sekalian,

            Moleklah kiranya sebelum saya menghurai dengan lebih lanjut fokus pertama saya, akhlak remaja sebagai perintis generasi ulama’ dan umara’, sama-sama kita hayati syair daripada seorang penyair Mesir Mohd Syauqi Bek yang bermaksud ‘Kemuliaan dan maruah sesuatu bangsa itu terletak pada ketinggian akhlaknya, jika hilang akhlaknya maka hilanglah maruah bangsa itu’. Maka, dapatlah kita fahami bahawa akhlak merupakan modal utama yang akan dipandang dan dinilai oleh individu luar bagi menentukan sejauh manakah kualiti yang terdapat pada seseutu bangsa itu. Namun, kemuliaan dan maruah itu tidak hanya merujuk kepada bangsa atau individu tetapi juga kepada agama. Hal ini menunjukkan betapa pentingnya akhlak dan sahsiah diri yang mantap pada diri remaja itu sebagai pemangkin generasi ulama’ dan umara’. Dapat kito contohi akhlak Rasulullah junjungan mulia sendiri dan dibuktikan lagai dengan hadis yang diriwayatkan oleh Saydatina Aisyah yang bermaksud ‘Akhlak Rasulullah adalah Al-Quran’. Oleh itu, tidak dapat dinafi dan dipertikaikan lagi bahawa Rasulullah adalah contoh teladan dan qudwatul hasanah kepada semua umatnya.
           
Tiada kejayaan tanpa halangan, tiada kegembiraan tanpa kesedihan. Setiap sesuatu yang diinginkan pasti halangan dan tentangan akan menjelma. Pada dunia mengejar komodenan ini, remaja perlu kuat menepis akhlak akhlak yang bertentangan dengan syariat Islam seperti sekularisme, pluralisme, modernisme dan sebagainya bagi membentuk pelapis generasi ulama’ dan umara’. Mrilah kita renungi hadis Rasulullah yang bermaksud ‘Akhlak yang buruk dapat merosakkan amal sebagai mana cuka merosakkan susu’.

Hadirin yang dihormati sekalian,

            Semangat saya di sini untuk merungkai fokus yang kedua iaitu remaja pewaris ilmu ulama’dan umara’. Sekali lagi sebagai pembuka bicara fokus saya yang kedua, kita fahami firman Allah dalam surah Al-Fathir yang bermaksud ‘Sesungguhnya yang takut kapada Allah dari golongan hamba–hambaNya itu adalah orang-orang yang berilmu pengetahuan’. Jelas di sini ilmu memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia. Ulama’ dan umara’ sememangnya dikagumi oleh kita semua akan kepakaran dan kefahaman mereka dalam pelbagai bidang ilmu. Sekiranya tiada pewaris untuk diturunkan ilmu-ilmu tersebut, ke manakah akan hilangnya ilmu itu? Adakah akan terkubur bersama jenazah mereka? Mari kita renungkan potongan hadis ini bagi menjawab persoalan kita pada pagi ini yang bermaksud ‘sesungguhnya Allah tidak akan menarik balik ilmu daripada manusia begitu sahaja tetapi Allah akan menarik balik ilmu tersebut dengan mematikan orang-orang alim’. Terang lagi bersuluh bahawa betapa pentingnya peranan golongan remaja mewarisi ilmu daripada para ulama’ dan umara’.

            Kita jadikan Imam Syafie sebagai contoh teladaan dalam usaha menuntut ilmu. Beliau sangat mengutamakan ilmu pengetahuan sehinggakan beliau membahagi masa 1/3 malam untuk berehat, 1/3 malam untuk menulis ilmu pengetahuan dan 1/3 malam untuk beribadat.

Sidang dewan sekalian,

            Fokus ketiga saya pada hari ini ialah remaja sebagai model dan sumber rujukan masyrakat sedunia. Apabila remaja itu sudah hebat dengan sahsiah dirinya, mantap ilmunya maka sudah semestinya remaja itu akan menjadi tumpuan masyarakat untuk dijadikan uswah. Ilmu memainkan peranan penting dalam merealisasikan remaja sebagai sumber rujukan dalam pelbagai aspek kehidupan kepada masyarakat sebagai perintis  generasi para ilmuwan. Sudah sedia maklum bahawa para ulama’ dan umara’ sememangnya menjadi rujukan masyarakat dalam aspek kehidupan, politik, sosial, ekonomi dan sebagainya. Kita ambil contoh empat imam mazhab yang terkenal iaitu Imam Abu Hanifah, Imam Syafie, Imam Malek dan Imam Ahmad bin Hanbal. Mereka mampu merungkai dan merobek segala permasalahan yang terdapat dalam masyarakat.  Sekiranya remaja masih leka dengan mimpi mereka, siapakah yang akan menggantikan tempat para ulama’ dan umara’ yang menjadi rujukan masyarakat. Sekiranya keadaan ini berlaku, maka rosaklah dan pupuslah generasi pemangkin ulama’ dan umara’. Fikirkanlah.. Maka, saya seru kepada remaja hari ini untuk menyhut kata-kata ahli cerdik pandai yang berbunyi ‘remaja yang berwawasan apabila dilontar ke langit menjadi kejora, dibenam ke bumi menjadi permata, dihumban ke laut manjadi mutiara.

Hadirin dan hadirat sekalian,

            Renungi sabda Rasulullah yang bermaksud ‘seorang mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada seorang mukmin yang lemah’. Hadis ini adalah kunci pembuka bicara fokus saya yang keempat iaitu remaja pembina ketamadunan Islam. Apabila akhlak remaja itu telah mantap, apabila daya intelektual mereka mencapai tahap yang mengagumkan, maka remaja itulah perintis dan penentu kepada ketamadunan Islam yang diimpikan oleh kita semua. Usia remaja yang dianugerahkan dengan kecerdasan mental dan fizikal, kekuatan rohani dan jiwa, memudahkan mereka untuk menjadi pemangkin ulama’ dan umara’. Hal ini dapat diperjelaskan lagi apabila generasi remaja itu mempunyai daya inovatif yang tinggi, semangat jihad yang berkobar maka akan lahirlah barisan pemuda pemudi Islam yang mempunyai kepimpinan yang ideal di mana dapat merobek segala permasalahan dan merungkai sejuta kemajuan.

            Dapat di ambil contoh daripada sejarah hidup Rasulullah di mana beliau telah ditentang hebat oleh golongan masyarakat Arab Jahiliah yang tidak menyukai dakwah yang disampaikan oleh beliau. Sehinggakan mereka sanggup melakukan beberapa perkara untuk memberhentikan dakwah Islamiah tersebut. Antaranya, baginda ditawarkan dengan perempuan-perempuan cantik, dipulau keluarganya daripada masyarakat, diejek dalam bait-bait syair dan sebagainya. Namun, kekuatan imannya telah mengalahkan semua tentangan hinggakan tamadun Islam berdiri dengan gahnya hingga ke hari ini. Sebagai penutup bicara bagi fokus saya yang keempat ini, ‘cuba lihat sang belang dijagak rimba, ia dimahkotakan sebagai raja bukan kerana namanya tetapi kerana ketangkasan dan kebijaksanaannya’.      

Hadirin yang dimuliakan,

            Menjejak babak-babak terakhir pidato saya, saya merumuskan semula empat fokus prima yang telah saya bahaskan tadi.
                       
·         Pertama, akhlak remaja amat penting dalam melahirkan generasi pemangkin ulama’ dan umara’.
·         Kedua, remaja sebagai generasi pewaris ilmu ulama’ dan umara’.
·         Ketiga, remaja sebagai madel dan sumber rujukan masyarakat sekeliling.
·         Keempat, remaja pewaris ulama’ dan umara’ dalam membina tamadun Islam.

Sebelum saya mengudur diri, ambillah pesanan yang diwasiatkan oleh Luqman al-hakim kepada puteranya sebagai azimat. ‘Hai anakku, pergaulilah para alim dan rapatilah mereka itu dengan kedua lututmu. Sesungguhnya Allah menghidupkan hati dengan cahaya hikmah sebagaimana Dia menghidupkan bumi dengan hujan lebat dari langit’.

Sekian, terima kasih.. 

Sahabat..Teman..Rakan



Di sudut bilik ku..
terpandang rakan2 yang leka beriadhah di luar jendela..
asyikku memandang telatah mereka..
terhibur diri yang sunyi ini seketika..
senyuman..gelak tawa..kegembiraan..
menghiasai wajah mereka..
terungkap satu perkataan dari hati ku "ukhwah"..
ukhwah..ukhwah..ukhwah..indahnya..
bagiku sebhgn darpd rantaian ukhwah adlh mereka..
yang digelar sahabat, teman, rakan..
namun diriku mencari seseorang..
yang ku huraikannya sebagai sahabat..


         Sahabat...
         tidak akan lupa untuk mengajakku bersama
         mengejar kebaikan hakiki
         Dia..
         walau desir rembulan malam nenusuk kalbu
         membisikkan doa kepada Robbul A'lamin
         mengajakku bangun bersamanya..
         menilai keagungan Tuhan Yang Maha Esa.
         Sahabat..
         di kala malam..mendorongku bangkit   
         bertahajud cinta..
         menitikan kalimat Allah di pinggir bibir..
         berdoa agar tercapai cinta terakhirNYA
         agar diberi keampunan, Taufiq, Hidayah dari
         KHOLIQ..
         yang tidak pernah lalai menunggu taubat
         Nasuha hambaNya..


Air mataku jatuh..
perlahan-lahan membasah pipi..
hatiku sayu..rindu..erti kata seorang sahabat..
aku masih keseorangan..
sahabat..
di manakah dirimu..
tatkala aku memerlukanmu..mengharapkanmu..
agar kau di sisiku tatkala aku lemah..
lemah dengan imtihan dunia yang fana ini..
sahabat..
hadirlah..aku menanti hingga akhirnya..

Sunday 17 April 2011

Coretan Hari Ini

Alhamdulillah..hari ni aku baru belajar sesuatu dalam hidup aku.. sesuatu yang baru bagi aku sebagai student di sebuah universiti yg agak mencabar.. sejak masuk alam campus dh byk mengajar and mengubah diri aku.. Menjadikan aku lebih matang, lebih berdikari tambahan jauh dari keluarga yang aku cintai.. Untuk hari ini syukran jazilan li sodiqoti Syakirah dan juga rumet serta rakan sekelas ku yg telah mengajar aku buat blog ni.. harap ada perkembangan selanjutnya..nantikan yer!