Wednesday 20 April 2011

kisah seorang insan

Hari ini kelas ku cancel..asa teramat bahagia coz sekurang-kurangnya dapat spend masa sikit untuk blog ni.. hehe..aku ni bukan student yg baik pun. whatever, hari ni, aku nak cerita kisah seorng insan yang aku kenali.. tapi maaf la yer, ana ni bukan bidang sastera, jadi nyer tak pandai lah nak mengungkapkan kata2 yang puitis lagi indah2..


Dia dilahirkan sebagai anak bongsu dalam 5 adk beradik.. diberikan nama sebaik sahaja dilahirkan kira2 19 tahun lalu ita(bukan nama sebenar).. Ita membesar dalam keadaan yang sederhana penuh dugaan, cabaran dan tentangan. Bermula hidup  dengan digelar 'budak lembik' budak manja' budak suka mengacum' dan sebagai nya, kata2 yg memang betul2 menyejukkan hati..


sewaktu dibangku sekolah rendah Ita diajar untuk pergi ke surau setiap malam mendengar ceramah.. Malah setiap kali pulang dari surau ayahnya akan memanggil dan menyuruh untuk menerangkan semula semua yang telah diajar oleh ustaz. sekiranya Ita tidak mampu maka tali pinggang menhinggap di badannya...sekiranya hendak keluar bermain mesti kena zikir sekurangnya 500 di hdpn ayahnya sendri, kalau tidak lenyaplah impian untuk bermain. Lumrah kehidupan Ita hampit setiap hari badannya berbekas kemerahan. kehidupan sekolah rendahnya berlalu seperti biasa, hinggalah hari keputusan upsr menjelma. jeng..jeng..jeng


hm..x pyh la suspen sgt, bukan cerita yg macam selalu kita dengar pun, jeng jeng jeng je 5A. tapi sebaliknya.. kptsnnya x dpt memuaskan ati mak ayhnya hanya dapat mengisi bangku di sekolah harian biasa. sedangkan sepupu2 Ita student2 cemerlang comform 5A dlm tgn. kekecawan ayahnya hinggakan ayah Ita berkata "ayah malu nak jumpa dengan adk brdk ayah dgn keputusan kamu tu". Ita hanya diam..tunduk..air mata membasah pipi. Pada saat tu ayah dan mak Ita paksa agar Ita belajar di sekolah menengah kebgsaan sedgkan hati Ita untuk pergi ke sekolah agama. Cara yang Ita guna adalah dengan buat2 menghilangkan borang sekolah tu..hahaha..akhirnya dapatlah Ita masuk ke sekolah agama yang diinginkannya. Langkah pertama Ita ke sekolah itu hatinya berbisik ''aku janji akan buktikan sekolah agama yang dipandang lekeh masyarakat sekarang mampu mengorak kejayaan sama seperti sekolah2 yang masyarakat asyik agung2kan". tekad itu ditanam erat dalam sanubarinya..


Hari pertama pulang dari sekolah, ayah dia menegur, ';balik2 terus tidur? itula dah pesan x payah masuk sekolah agama, subject byk, 23 subject macam mana kau nak bawak". Ita hanya senyum. Perjuangannya diteruskan..Pada masa yang sama family Ita bergolak, sering terjadi pertelingkahan, tambah kesempitan wang. kakah masih belajar di kolej memerlukan banyak duit. Sedikit banyak menggugat semangat Ita untuk belajar. 
Dalam masa yang sama Ita terut giat memberi comitment dalan area sukan 'badmintan' form 1, form 2, hanya setakat mewakili sekolah, form 3, form 4 mewakili zon, dan form5 mewakili negeri. acap kali ponteng kelas gara2 training badminton punya keja. Alhamdulillah, dalam study PMR, SMRA Ita berjaya meraih gelaran best student. SPM? nantikan ceritanya..


Letih la pulak tangan ni menaip, tapi semangat menghasilkan blog perlu diteruskan.. hahahaha.Jom teruskan!  sewaktu form 5 Ita memegang jawatan sebagai setiausaha pengawas tapi hanya beberapa bulan.. Kehidupan yang membusykan, student,atlit negeri dan badan pimpinan pengawas yang mana student2 yang dihukum adalah gara2 laporan bulanan Ita. haha. Ops, lupa lagi satu, peranan Ita sebagai seorang anak yang membantu parentsnya berniaga tiap kali cuti minggu dan cuti sekolah. Tadi aku cerita Ita hanya pegang jawatan setiausaha pengawas beberapa bulan je kan? Hal tu disebabkan kekusutan yang menghimpitnya. Bermula dengan laporan yang tidak sempat disiapkan kerana latihan badminton menyebabkan ramai pengawas lain terutamanya majis tertinggi badan pengawas tidak puas hati hinggakan Ita dimalukan kerana tak dapat menyiapkan laporan. Ita sedih..akhirnya diluahkan keaadan yang menghimpitnya itu kepada ayahnya yg dicintai. dengan nasihat ayah "pilihla Ita..Ita nak menangis sekarang kerana terpksa melepaskan jawatan atau Ita nak menangis bila result spm Ita keluar". dengan kata2 itu, Ita menulis surat perletakan jawatannya. Bayangkan, seorang student yang dihormati, disayangi, dimalukan, mempunyai banyak krisis dalaman. Ita sedar tatkala itu, ramai yang memandang serong padanya temasuk beberapa orang guru. Namun tekad pertama sewaktu melangkah kaki ke sekolah itu terus digenggam.


Kehidupan diteruskan..hari2 berlalu, Ita juga terpaksa berhenti tusyen walaupun hanya sempat mengikuti tusyen selama sebulan kerana nak meringankan beban mak dan ayah. Akhirnya tiba hari yang menggerunkan peperiksaan telah tiba.. sebenarnya Ita x yakin dia mampu mengorak kejayaan lagi seperti peperiksan2 sebelum ini. sementara menunggu keputusan spm, rancangan Ita untuk sambung form6, mengambil peperiksaan sijil tinggi agama malaysia (stam) dan setrusnya melangkah ke mesir. tercapaikah?


Hari keputusan spm menjelma, ketakutan menguasai diri Ita, annoucement dibuat disekolah," semua pelajar sila masuk ke surau pada pukul 11 pagi". Terpinga2 untuk apa disuruh ke surau? bukan kah keptusn diambil di pjbt? ikut je la... kata hati Ita. Selepas selesai menbaca yassin beramai-ramai, pengetua berucap, dan seterusnya juga Rafizi mengumumkan, pelajar terbaik spm 2009 jatuh pada.....saudari Ita Saifudin. Luruh jantung Ita, sekali lagi pipinya basah.. selepas majlis, semua guru Ita jumpa..tangisan guru2 ditatapnya, kejayaan seorang anak murid dengan keputusan yg tidak pernag dicapai oleh student2 sebelum tu. Brpa A? biarlah rahsia Ita.


Ita meneruskan rancangannya mengambil stam tanpa mengisi borang upu atau memohon mana2 institusi. Dalam perjalanan form 6 sekali lagi Ita diuji. Muet dibatalkan? betul ke apa yang aku dgr? macam mana tanpa muet aku dapat ke menara gading? macam mana? apa patut aku buat? ambil sebagai calon persendirian? tarikh daftar muet dah ditutup?kawan2 aku dah lama di menara gading, tapi aku? Keadaan Ita terhimpit, ketakutan. Dirinya mula lemah. Ditambah lagi peperiksaan hampir dekat tapi guru2 stam ramai yang berhenti mengajar. macam na study aku? exam aku? Ita mula tertekan. dia tak mampu mengawal keadaan dirinya, akibat tekanan yang dihadapi 2 bulan ita tak ke sekolah bagaikan orang hilang kewarasan. di saat itu, hadir seorang insan yang sentiasa menemaninya, memulihkan semangatnya, seorang insan bergelar kakak..tapi..hanya kakak angkat yang memainkan peranan melebihi kakak kandung, "kak na". "adik, akak dapat tahu, U akak ada pengambilan 3rd intake, adk cuba la buat surat rayuan mana tahu, ada rezeki ke"kata2 tu buat Ita senyum penuh harapan..senyuman yang dah lama kabur dari wajahnya. 


Ita menghantar surat rayuan sendiri ke bahagian kemasukan U tersebut. Bermula tatkala itu Ita hanya melihat peti surat setiap hari." dah bulan 9, napa x dapat2 surat lagi ni", bisik ati Ita.. pada masa yang sama pihak sekolah mendesak supaya datang ke sekolah untuk membuat urusan benti sekolah. Benti sekolah? kptsn sama ada aku dapat masuk U pun x dapat lagi, macam mana nak benti sekolah? keserabutam kembali. kak na minta rakan nya yang merupakan orang dalam U terbabit untuk menyemak nama Ita. Pada apgi pertunangan kakak kandung Ita, Ita dapat massage "adik..akak x sanggup bagi tau, akak mintak maaf, akak x tahu macam mana nak bagi tahu, nama adik x de dalam list kemasukan 3rd intake". air mata Ita mengalir laju.. keputusan di ambil, Ita memanggil ayahnya, " ayah, hantar Ita pergi station bus sekarang jugak, adik nak gi KL, nak gi tanya bahagian administration sendtri, adk x caya nama adik x de dalam list". ayah Ita, "kau giler ke pe? hari ni kakak kau bertunangkan? kau jangan bagi pening aku. kau gi sna nak tinggal kat mana?". Ita tidak menghiraukan, terus dia mengemas barang2. Ayahnya x mampu berkata apa, ibunya hanya melihat dalam keadaan terpinga- pinga. Tanpa bertanya, ayah menghantar Ita ke station bus. Di dalam bus Ita telefon kak na, "akak, boleh x adik tumpang tido? nanti datang ambil adik boleh?" kak na, "boleh..nanti akak ambil". kebetulan sepupu kawan Ita lecture U terbabit. Ita call "salam ustaz..saya kawan marziah, saya nak mintak tolong ustaz, nama saya x de dalam list, bhgn admin kata x dapat surat saya tapi saya sendiri yang hantar surat tu". ustaz, "baiklah, nanti saya uruskan dan bagitahu awak".


Pagi berikutnya, di bilik kak na, Ita dapat calling, "Ita, saya dah uruskan, awak dapat course laws". Bersyukurnya Ita, orang yang tak pernah dilihatnya, dijumpanya, menolong ita dapat masuk ke salah sebuah IPTA yang famous.


Ita bersiap2 hendak ke sekolah, hati nalurinya ingin sekali menyemak keputusan kemasukan di portal U terbabit. Terjerit Ita, "mak, ayah! Ita dapat masuk! 23 ni daftar!" Ita terus menyalin pakaian biasa dan pergi ke sekolah untuk membuat urusan berhenti sekolah.


Mesir? mana impian Ita sebelum tu? dalam hati Ita, "aku tak mampu nak tinggal ibu dan ayahku yang semakin tua. kakak2 abang2 dah ada keluarga sendiri. hanya aku satu2nya anak yang mak dan ayah aku ada". Satu hari..balik cuti sem, ayah kata "Alhamdulillah, anak ayah x pergi mesir, ayah x mampu tanggung, lagipun kat sana dah x selamat sangat".


Sekarang Ita sedang meneruskan perjuangannya dalam bidang laws..harapannya, moga ibu dan ayah Ita masih sempat tengok anak ini menggenggam segulung ijazah.. amin..

2 comments: